NABI MUHAMAD S.A.W UTUSAN ALLAH
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ
مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
At Taubah : 128
فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ
وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
At Taubah : 129
Intisari Ayat
- Allah mengutus rasul dari kalangan manusia
- Rasul amat mengambil berat terhadap umatnya
- Rasul sangat mengasihi orang yang beriman dan sentiasa berdoa kepada Allah
Mengapa manusia perlukan rasul?
1.Akal manusia terbatas tidak dapat mengetahui perkara-perkara yang tidak mampu difikirkan oleh pemikiran mereka
2.Akal manusia tidak mengetahui perkara-perkara ghaib tanpa keterangan wahyu Allah
3.Akal manusia tidak mampu mebezakan perkara-perkara baik dan sebaliknya tanpa bimbingan wahyu dari Allah
Hikmah Mengutuskan Rasul dari kalangan manusia
- Membuktikan bahawa syariat islam
mampu dilaksanakan oleh manusia - Memudahkan manusia menerima
seruan yang disampaikan - Memudahkan manusia mencontohi
Rasulullah s.a.w. - Memudahkan manusia berkomunikasi
dengan Rasulullah s.a.w.
Kasih sayang Rasul kepada umatnya
1.Mendoakan kesejahteraan umatnya
2.Memaafkan kaumnya
3.Mendoakan golongan yang menentangnya supaya diberi hidayah oleh Allah
4.Mengambil berat masaalah yang berlaku dikalangan umatnya
5.Memberi syafaat di hari kiamat
Cara mengasihi Rasulullah
1.Percaya dan patuhi ajarannya
2.Amalkan sunnah baginda
3.Berselawat ke atas baginda
4.Contohi akhlak baginda
5.Amar makruf dan nahi mungkar
SIFAT-SIFAT PENDAKWAH
- Berilmu
- Sabar dan redha
- Yakin dengan pertolongan Allah
- Berakhlak mulia
- Tawakkal
Pengertian tawakkal
-Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Hikmah tawakkal
1.Meneguhkan keimanan kerana yakin sesuatu itu penentunya adalah dari Allah
2.Dapat menambahkan keyakinan terhadap perkara yang dilakukan
3.Dapat menanam sifat sabar dan tekun dalam diri
4.Tidak mudah putus asa dan kecewa
5.Menjadikan seseorang itu rajin dan bersungguh-sungguh
Pengajaran Ayat
- Ajaran Islam mampu dilaksanakan oleh semua manusia
- Mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. dalam kehidupan
- Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w
- Berusaha dan bertawakkal kepada Allah asas kejayaan dalam berdakwah
Sekian dahulu di sini..wassalam
2 comments:
syukran!!
nano titanium - TITanium Industries Ltd
An alloy consisting of platinum oxide, nickel oxide, nickel can titanium rings be resized oxide, ford fusion titanium platinum, and silicon oxide. Made from ti 89 titanium calculator an alloy titanium trim reviews of $29.00 titanium legs · In stock
Post a Comment