Tuesday, July 1, 2008

JAGA AURAT

RENUNGAN



Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata: "Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."

Jawab Nabi SAW : "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu perkara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah. "Sabda baginda : "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad."

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini?" Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah." Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata: "Awas, jaga ini baik-baik."

Aku bertanya: "Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya?" Baginda lalu menjawab: "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka."

Amalan-Amalan Utama Mengikut Taqwim Hijriyyah

UNTUK SEPANJANG TAHUN


Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain
Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan sebagainya
Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis
Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru
MUHARRAM


1 - 9 haribulan - Puasa sunat
10 haribulan (Hari Asyura) -
Puasa sunat
menyapu kepala anak yatim
bersedekah kepada fakir miskin
bercelak mata
meluaskan perbelanjaan keluarga
memperbanyak bacaan berikut :
REJAB


Kelebihan puasa sunat di bulan Rejab :
Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar dari Allah
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan dari Allah
Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal.
Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka
Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga
Puasa 10 hari - Allah akan mengkabulkan permintaannya
Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
Ibadat-ibadat lain yang digalakkan :
Membaca surah Al-Ikhlas setiap hari 11 kali atau lebih
Membaca al-Quran
Memperbanyakkan doa, istighfar dan lain-lain seperti dibawah ini :
27 hb Rejab - Isra' Mi'raj - digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa itu serta mengambil i'tibar daripadanya, dan mengerjakan puasa sunat.


SYAABAN


15hb - Nisfu Syaaban. Hidupkan malamnya dengan membaca Yasin 3 kali dengan tertib dan berdoa supaya (i) panjang umur serta dapat beribadat (ii) murah rezeki (iii)ditetapkan iman


RAMADHAN


Doa pada awal malam Ramadhan :
Menyempurnakan Puasa Fardhu Ramadhan
Sembahyang sunat tarawih dan witir pada malamnya
Memperbanyakkan membaca Al-Quran
Memperbanyakkan Sedekah
Memperhebatkan ibadat di waktu malam terutama 10 malam terakhir
Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah di bulan Ramadhan menyamai pahala satu haji
Menunggu-nunggu Lailatul-Qadar
Segerakan membayar Zakat Fitrah


SYAWAL


Sembahyang sunat 'Idul Fitri
Puasa 6 hari dalam bulan Syawal setelah sempurna puasa Ramadhan mendapat pahala puasa setahun
Membaca takbir sehingga sembahyang 'Idul Fitri
Hidupkan malam 1 syawal dengan banyak beribadat


ZULHIJJAH


1 hingga 8 hb - Sunat berpuasa
8 hb - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
10 hb - Hari Raya Haji/Korban - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
Melakukan korban
11, 12 dan 13 hb (hari-hari Tasyrik) - hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
29hb atau 30hb - Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


ANAK-ANAK ZAMAN INI

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:

1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.

2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang

3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro

4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina

5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.

6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.

7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.

8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.

9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.

10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.

11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .

12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .

WAHAI INSAN,

WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.

Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.



Sumber: Internet.

Sila hubungi: wahabamat@yahoo.com

Tel: 04-4702048

Sunday, June 29, 2008

ILMU FARAIDH

ILMU MIRATH
bahasa- pusaka@ peninggalan si mati
istilah- barang yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang berhak oleh waris menerimanya dengan sebab kematian waris si mati


Hukum
- fardhu kifayah

Tanggungjawab dalam harta pusaka
- pengurusan jenazah
- membayar hutang
- melaksanakan wasiat
- difaraithkan

Hikmat
- untuk sampaikan hak dan bahagian kepada orang yang berhak menerimanya
- untuk jalin hubungan silaturahim daripada terputus
- untuk kuatkan hubungan kekeluargaan dan bertimbang rasa
- untuk elak penganiaan terhadap waris
- untuk kekal harta hak milik dalam keluarga
- untuk tunjuk keadilan
- saling jamin-menjamin dalam masyarakat dan keluarga



4.2 SYARAT-SYARAT PERWARISAN HARTA
syarat perwarisan harta ialah
- pemilik harta meninggal dunia
- pewaris sah hidup walaupun sementara
- tahu kedudukan ahli waris si mati
- si mati tinggalkan harta
- tidak ada ahli waris yang terdinding daripada terima pusaka
- teliti dan tentukan bahagian ahli waris yang terdinding daripada terima pusaka

Rukun
- si mati
- pewaris
- harta peninggalan

Sebab-sebab mendapat pusaka
- nasab dan keturunan
- ikatan perkahwinan
- wala’
- Baitul mal

Halangan mendapat pusaka Mani’ ( ta’arif)
· tembok @ penghalang
· seseorang itu ada@ wujud tetapi terhalang @ dengan sebab wujud dan ada seseorang , orang lain tidak dapat harta.

Sebab halangan mewarisi
- pembunuh
- berlainan agama
- hamba
- berlaianan negara
Orang Yang berhak mendapat harta peninggalan si mati

Waris yang pasti menerima pusaka mengikut keutamaannya:
1.Suami
2.Isteri
3.Ibu
4.Bapa
5.Anak lelaki
6.An ak perempuan


Asabah menurut bahasa dan istilah .

Asabah mengikut bahasa ialah ahli terdekat kepada si mati , iaitu anak lelaki.Asabah mengikut istilah ialah orang yang mendapat semua harta pusaka jika ia seorang.

Menurut maksud istilah lain dan hukum faraidh ialah orang yang berhak mendapat pusaka dan jumlah bahagiannya tidak ditentukan dalam salah satu saripada bahagian waris dhu fardin yang telah dinyatakan.



Sebab -sebab yang membolehkan seseorang itu mewarisi harta

1-Melalui sebab nasab dan keturunan
seperti ibu,bapa , anak lelaki ,datuk, nenek,moyang,cucu,adik-beradik,bapa saudara,anak saudara,sepupu sehinggalah habis semua atau tiada lagi kerabat dan saudara mara yang terdekat.

2-Melalui sebab ikatan perkahwinan yang sah
di antara pasangan suami isteri walaupun telah bercerai atau belum pernah melakukan persetubuhan.

3-Melalui sebab wala’
tuan kepada hamba yang telah dibebaskan.Sekiranya hamba itu mati tanpa meninggalkan waris, maka bekas tuannya itu berhak menerima pusaka.

4- Baitulmal .
Bagi pihak Islam Apabila seseorang meninggal dunia yang ketiadaan waris atau tidak habis pusaka fardunya maka selebihnya diberikan kepada Baitulmal.


Pendapat mazhab berkenaan pewaris yang melakukan jenayah bunuh terhadap orang yang akan diwarisinya .

-Pendapat mazhab berkenaan waris yang melakukan jenayah bunuh terhadap orang yang akan diwarisinya.

# Imam Malik - pembunuh yang tidak mendapat pusaka ialah pembunuhan sengaja sahaja.
# Imam Hanbali - mana-mana jenis dan bentuk pembunuhan yang dikenakan qisas atau diyat tidak boleh mewarisi . Manakala pembunuhan selain bentuk itu boleh mewarisi pusaka.
# Imam Hanafi – pembunuh dengan sengaja , tidak sengaja , sebab kecuaian atau tindakan yang menyebabkan pembunuhan adalah tidak berhak menerima pusaka.
#Imam Syafi’I – pembunuhan dengan sengaja , tidak sengaja ,separuh sengaja , perbuatan sebagai tidak sengaja,sebab kecuaian,contohnya seseorang itu tidur di atas pokok dan terjatuh di atas orang menyebabkan kematian dan perbuatan sebagai tidak sengaja , contohnya seseorang yang menggali perigi di tepi jalan dan terjatuh orang dan menyebabkan terbunuh. Semua pembunuhan dalam kategori tersebut adalah tidak berhak menerima pusaka.

Pengertian ahl fardu mengikut pengertian bahasa dan istilah.

-Ahl fardu mengikut bahasa ialah kadar,manakala dari segi istilah ialah bahagian yang telah ditentukan dari segi syara’ kepada pewaris.


Golongan ahli waris bagi pihak perempuan

-Golongan waris bagi pihak perempuan ada 10 golongan :
-Anak perempuan
-Cucu perempuan daripada anak lelaki
-Ibu
-Nenek sebelah bapa dan ke atas
-Nenek sebelah ibu dan ke atas
-Adik-beradik perempuan seibusebapa
-Adik-beradik perempuan sebapa
-Adik-beradik perempuan seibu
-Isteri @beberapa orang isteri
-Petuan perempuan kepada hamba

v Sekiranya semua ahli waris tersebut di atas masih hidup,mereka yang berhak mendapat pusaka ialah 5 golongan sahaja . Mereka yang lain itu adalah mahjub. Mereka yang mendapat pusaka ialah :
§ -Anak perempuan
§ -Cucu daripada anak lelaki
§ -Ibu
§ -Isteri
§ -Adik-beradik perempuan seibusebapa



Faedah mempelajari ilmu faraidh

-Dapat mengetahui bahagian -bahagian setiap pewaris daripada harta peninggalan
-Dapat mengetahui kesempurnaan hukum Islam
-Dapat menjalinkan silaturahim daripada terputus
-Dapat menyalurkan harta si mati kepada orang yang berhak dan supaya tidak ada pertelingkahan dalam pembahagian harta peninggalan.

Galakan mempelajari ilmu faraidh

Ilmu faraidh adalah suatu hukum yang sempurna daripada Allah S.W.T

Terjemahan:Allah S.W.T perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk ) anak-anak kamu , iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan . Tetapi jika anak –anak perempuan itu lebih dari dua , maka bahagian mereka ialah dua per tiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati . Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja , maka bahagiannya ialah satu per dua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati),tiap-tiap seorang dari keduanya :satu per dua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati , jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak sedang yang mewarisinya hanyalah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu per tiga . Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik) maka bahagian ibunya ialah satu per enam .(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati , dan sesudah dibayar hutangnya . Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat dan banyak manfaatnya kepada kamu . (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah ) ketetapan dari Allah S.W.T , sesungguhnya Allah S.W.T adalah Maha Bijaksana.

Maksud dengan ilmu faraidh

Bahasa – mengetahui sesuatu
Istilah - suatu ilmu yang dapat mengetahui tentang orang yang berhak menerima pusaka atau orang yang tidak berhak menerimanya serta kadar dan jumlah yang patut diterima oleh ahli waris dan cara pembahagiannya.

Hukum mempelajari ilmu faraidh berdasarkan pendapat jumhur ulama

Jumhur Ulama – Fardu Kifayah : Kewajipan secara umum terhadap segolongan umat Islam sebagai mewakili seluruh umat Islam lain dalam sesebuah daerah atau negeri untuk menyelesaikan masalah yang timbul . Sekiranya tidak ada orang yang sanggup belajar atau tidak ada seorang pun yang mampu memahami dengan baik ilmu tersebut , maka umat Islam akan berdosa semuanya.

Sabda Rasulullah;
Terjemahan : Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraidh , kerana sesungguhnya mempelajari ilmu faraidh itu suruhan agama dan kerana ilmu faraidh itu merupakan setengah daripada ilmu dan ilmu faraidh jugalah yang mula –mula dicabut daripada pengetahuan umatku..

Wednesday, June 25, 2008

MUNAKAHAT

PENGERTIAN PERKAHWINAN.

Bahasa:
berkumpul atau berhimpun

Istilah :
suatu ikatan melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin diantara lelaki dan perempuan mengharuskan pergaulan di antara mereka dan menghalang persetubuhan yang diharamkan sebelumnya.

Dalil : Perkahwinan itu Sunnahku , sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku.( Riwayat al- Bukhari)

Dalil : Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan, sesiapa di antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai (Riwayat Ibni Masa’ud).

Hukum perkahwinan.

1. Wajib - lelaki yang berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin serta bimbang akan terjarumus ke lembah zina dan keji sekiranya tidak berkahwin.

2. Sunat - lelaki yang berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin serta mempunyai nafsu untuk berkahwin dan bertujuan untuk menjaga khormatan diri dan agama, namun masih dapat mengawal diri dari melakukan zina dan terkutuk sekiranya tidak berkahwin.

3. Harus - lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendorong dia berkahwin dan tidak ada sebab yang menghalang dia daripada berkahwin.Juga harus bagi lelaki yang berkemampuan tetapi belum ada keinginan untuk berkahwin.

4. Haram – lelaki yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin atau mereka berkahwin dengan tujuan untuk menzalimi isteri mereka.

5. Makruh - – lelaki yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir tetapi berkeinginan untuk berkahwin


Hikmat-hikmat perkahwinan.

1. Untuk memenuhi tuntutan fitrah zahir dan batin manusia yang memrlukan pasangan hidup
2. Dapat zuriat yang bersih dan salih.
3. Untuk menyalurkan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syarak
4. Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik, kemas dan teratur.
5. Hidup mempunyai sistem dan sentisa menjalankan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
6. Dapat membendung serta membenteras gejala sosial, perzinaan, bohsia dan seks bebas.
7. Sebagai sunah dan ibadah
8. Mengiratkan silaturahim
9. Memupuk semangat tanggungjawab suami dan isteri
10. Melahirkan zuriat yang baik








PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN


MEMILIH JODOH

1. Diharus melihat muka dan tapak tangan bagi perempuan
2. Diharus melihat selain pusat hingga ke lutut bagi lelaki
3. Islam menitikberatkan Kufu, harta, keturunan, kecantikan , keagamaan dan berakhlak


Memilih Bakal Suami dan Isteri.

Hadis:

1. Harta
2. Keturunan
3. Kecantikan
4. Keagamaan



Ciri-ciri suami yang baik

1. Harta
2. Keturunan
3. Kecantikan
4. Keagamaan
5. ilmu pengetahuan
6. mempunyai pekerjaan
7. mempunyai sifat kasih sayang
8. bertanggungjawab
9. mempunyai akhlak yang mulia
10. teguh pegangan agama
11. berakhlak mulia
12. pemaaf


Ciri-ciri isteri yang baik

1. Harta
2. Keturunan
3. Kecantikan
4. Keagamaan
5. Berilmu
6. berakhlak mulia
7. keturunan yang baik dan ramai anak

Sebab digalakkan pilih yang beragama

1. Dapat mendidik anak-anak dengan didikan yang baik
2. Menjamin kekalnya hubungan suami isteri
3. Melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
4. Rumahtangga yang dibina akan terbentuk dengan harmoni
5. Lahir perasaan berkasih sayang antara satu sama lain
6. Melahirkan zuriat yang baik dan mulia.




MEMINANG

Lamaran seorang lelaki terhadap perempuan yang boleh dikahwini untuk dijadikan isteri
Hukum… sunat.

Dalil ولا جناح عليكم فيما عرضتم به في خطبة النساء
Bermaksud: Dilarang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya.


Cara peminangan

1. Cara terus terang kepada perempuan dara, janda
2. Cara sindiran.. perempuan dalam idah raj’i

Syarat meminang perempuan

1. Perempuan tersebut bukan isteri orang
2. Perempuan tersebut tidak dalam idah raj’i
3. Perempuan tersebut bukan tunang orang
4. Perempuan tersebut bukan muhrim kepada lelaki


Kepentingan pertunangan

1- Memberi peluang mengenali pasangan dalam batas-batas syarak.
2- Merancang kehidupan rumahtangga untuk masa hadapan
3- Memupuk perasaan kasih sayang di peringkat permulaan.
4- Mengenali tanggungjawab masing –masing sebelum perkahwinan .
5- Ikatan sementara sebelum menentukan untuk terus atau batalkan.

Perkara yang dibincangkan dalam merisik:

1. Pengenalan keluarga lelaki dan perempuan.
2. Pengenalan anak lelaki dan perempuan.
3. Menyatakan hasrat merisik.
4. Persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
5. Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki.

Perkara yang dibincangkan dalam meminang:

1. Memperjelaskan hasrat dalam risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima hasrat pihak lelaki.
2. memperdengarkan khutbah meminang.
3. Melakukan peminangan iaitu menyatakan hasrat oleh pihak lelaki dan penerimaan oleh pihak perempuan.
4. Memberi hadiah atau tanda pertunangan.
5. Membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aqad nikah dan majlis walimatul-'arus seperti:
i. Tempoh bertunang.
ii. Batas perhubungan anak lelaki dan anak perempuan dalam tempoh bertunang.
iii. Maskahwin dan hantaran.
iv. Aqad nikah.
v. Walimatul-'arus.
vi. Perkara-perkara adat.istiadat yang tidak bertentangan dengan syara'.






Batas utama yang dibolehkan:

1. Lelaki melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh bersentuhan.
2. Pertemuan yang sopan dan di tempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan maksiat.
3. Pertemuan antara lelaki dan perempuan yang ber­tunang hendaklah ditemani oleh mahramnya supaya batas-batas pergaulan dapat dipatuhi.
4. Pertemuan itu tidak terlalu kerap sehingga menimbul­kan fitnah.
5. Islam melarang perlakuan, berdua-duaan, berkhalwat dan bergaul bebas, pergi ke sana ke mars seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana perbuatan itu haram dan boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri, kcluarga dan masyarakat.
6. Kelonggaran yang dibenarkan oleh Islam itu untuk memastikan bahawa bakal suami isteri itu akan dapat meletakkan asas kebahaglaan rumahtangga ber­dasarkan nilai agama dan kemanusiaan yang tulen, bukan sahaja berdasarkan penilaian nafsu, tetapi dengan penilaian hati yang luhur dan ikhlas, rela dan menerima kehadiran antara kedua­dua belah pihak.
7. Belum dihalalkan untuk bersama seperti suami isteri
8. Pertemuan dibuat mestilah ditemani oleh mahramnya untuk mengelakan dari fitnah dan pelanggaran syarat.
9. Belum bertangungjawab untuk memberi nafkah sebab belum aqad nikah.
10. Hubungan kekeluargaan masih terbatas seperti antara suami dengan bakal mertua.


Pergaulan Bebas

1. Islam mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti yang berlaku pada masa sekarang kerana perbuatan itu temiasuk dalam maksiat.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi salah satu punca gejala sosial di kalangan remaja dan maksiat yang berleluasa.

3. Jauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di mana ­mana sahaja supaya terselamat daripada jebak gejala sosial dan maksiat.

4. Patuhi adab pergaulan yang diizinkan oleh Islam dan jaga maruah sebagai seorang Islam.




MAHAR

Pemberian wang atau barang yang bernilai dan berfaedah dari suami kepada isteri kerana akad nikah.
Pemberian mas kahwin hukumnya wajib

Dalil
التمس ولو خاتما من حديد
Carilah mas kahwin walaupun berupa sebentuk cincin besi

Syarat benda yang dijadikan mas kahwin

1. Mestilah suci
2. berfaedah atau pekerjaan yang berfaedah
3. Milik suami
4. Mampu diserahkan bila-bila masa
5. Diketahui jumlah dan sifatnya.

Sebab suami wajib berikan mahar :

1. tanda penghargaan suami kepada isteri
2. Tanda suami mempunyai tanggungjawab kepada isteri
3. Sebagai lambang kasih sayang suami

Hikmat Islam tidak menggalakkan menetapkan kadar mahar yang tinggi

1. Boleh menimbulkan kesulitan kepada bakal suami
2. Akan menyebabkan ramai gadis yang tidak berkahwin
3. Menimbulkan masalah kahwin lari


Jenis-jenis mahar mengikut Islam :

1. Mahar Musamma :
Iaitu mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak

1. Mahar Musamma Mu’ajjal :
Mahar kahwin yang disebut dalam akad dan dibayar secara segera dan tunai
2. Mahar Musamma Muajjal :
Mahar kahwin yang disebut dalam akad dan dibayar secara tangguh dan hutang

2. Mahar Mithil:
Mahar yang tidak ditentukan kadarnya semasa akad. Dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar dan penilaian mahar saudara-saudara perempuan pengantin itu.

HANTARAN

Barang yang terdiri dari mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan yang dibawa pada hari akad nikah atau perkahwinan samada dari pihak lelaki kepada perempuan dan sebaliknya

Hukumnya
Harus selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan bukan untuk menunjuk-nunjuk bermegah, membazir dan berhutang

Hikmah Hantaran.
1. Dapat mengerat hubungan kekeluargaan antara pengantin
2. Memuliakan pengantin lelaki danpermpuan
3. Memuliakan keluarga kedua pihak
4. Saling bertukar-tukar hadiah


Kepentingan mas kahwin

1. Mengiratkan hubungan kekeluargaan
2. Tanda kasih kepad isteri (memuliakan)
3. Simbol tanggungjawab suami terhadap isteri.


WALIMAH AL-URUS

Kenduri atau jamuan yang diadakan sempena meraikan perkahwinan samada pihak pengantin lelaki atau pengantin perempuan.

Dalil: اولم ولو بشاة ( Adakan kenduri walaupun seekor kambing )






Hikmah walimah :

1. Melahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraan.
2. Pemberitahuan kepada masyarakat tentang perkahwinan itu.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan saudara mara dan sahabat handai
4. Sunat muakkad
5. Merai dan memulia pengantin
6. Elak fitnah daripada masyarakat


Majlis walimah yang diharuskan :

1. Tidak terdapat perkara yang ditegah oleh syarak sperti majlis tarian dan nyanyian.
2. Tidak ada unsur pembaziran
3. Tiada unsur pilih kasih dalam jemputan dan kenduri itu sendiri
4. Tidak ada percampuran lelaki dan perempuan
5. Bukan tujuan megah dan menunjuk-nunjuk.

Perkara-perkara mungkar dalam walimatul urus :

1. Terdapat majlis tarian dan nyanyian.
2. Terdapat persandingan yang mendedahkan aurat.
3. Adanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
4. Terdapat unsur-unsur pembaziran dan kemegahan.








AKAD PERKAHWINAN

NIKAH

Bahasa: berkumpul atau berhimpun
Istilah : suatu ikatan melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin diantara lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan di antara mereka dan menghalang persetubuhan yang diharamkan sebelumnya.

Rukun Nikah

1. Lelaki bakal suami
2. Perempuan bakal isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Ijab dan qabul


Syarat lelaki bakal suami

1. Tidak dalam ihram
2. Pilihan sendiri
3. Bukan muhrim kepda pengantin perempuan
4. Belum beristeri 4
5. Mengetahui bakal isteri dan wali
6. Jelas kelakian

Syarat perempuan bakal isteri

1. Tidak dalam ihram
2. Bukan isteri orang
3. Bukan muhrim kepada pengantin lelaki
4. Bukan dalam idah
5. Islam @ ahli kitab asli
6. Kerelaan sendiri bagi janda
7. Jelas seorang wanita
8. Perempuan yang sudah ditentukan.

Syarat Wali

1. Baligh
2. Islam
3. Merdeka
4. Bukan dalam ihram
5. Lelaki
6. Kerelaan sendiri
7. Adil
8. Waras

Syarat dua orang saksi

1. Baligh
2. Islam
3. Merdeka
4. Lelaki
5. Adil
6. Waras
7. Mendengar dan melihat dengan baik
8. Memahami ijab dan kabul
9. Bukan wali perkahwinan tersebut



Syarat Ijab dan qabul

1. Berterusan dan tidak diselangi dengan diam yang lama.
2. Ada hubungan ijab dan qabul
3. Disebut perempuan dengan khusus dalam ijab dan qabul
4. Didengar 2 saksi yang faham maksudnya
5. Tidak ada taklik
6. Tidak aada batasan waktu.


WALI

Ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin permpuan.

· Wali adalah amat penting dalam satu akad perkahwinan tanpa wali perkahwinan itu tidak sah.
· Islam mensyariatkan wali dalam perkahwinan kerana perempuan adalah golongan lemah dan mesti ada pengawasan






Jenis Wali

1. Wali Mujbir.
laitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hinggga ke atas kepada seseorang gadis.

2. Wali bukan mujbir.,
laitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.

· Wali mujbir boleh mengahwinkan anak perempuannya yang masih dara samada yang sudah cukup umur atau belum tanpa perlu meminta izin gadis tersebut.
· Wali mujbir disunatkan supaya meminta izin dan persetujuan daripada terlebih dahulu.
· Wali bukan mujbir, mestilah meminta izin terlebih dahulu daripada gadis.
· Antara tanda yang menunjukkan gadis bersetuju sudah memadai dengan diam atau dia tersenyum

Wali perkahwinan itu mestilah dengan syarat:

1. Tidak ada permusuhan antara wali mujbir dengan gadis.
2. Gadis dengan lelaki yang akan dinikahinya juga tidak ada permusuhan.
3. Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan ada kufu.
4. Pengantin lelaki sanggup membayar mas kahwin kepada gadis yang akan dikahwin.


Bahagian Wali

1. Wali nasab.
2. Wali hakim.

Susunan Wali Nasab mengikut Akrab

1. Bapa
2. Datuk lelaki dari sebelah bapa hingga ke atas.
3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa.
4. Adik-beradik lelaki sebapa.
5. Anak-anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah
6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah.
7. Bapa saudara seibu sebapa.
8. Bapa saudara sebapa.
9. Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa hingga ke bawah.
10. Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa hingga ke bawah.



Wali Hakim.

Ialah sultan atau wakilnya. Apabila wali nasab tidak ada perempuan dinikahkan oleh wali hakim.

Sebab perempuan berkahwin menggunakan wali bakim ialah:

1. Tiada wali nasab
2. Wali aqrab tidak cukup syarat sebagai wali sedangkan wali ab’ad tidak ada.
3. Wali aqrab menghilangkan diri dan tiada wakilnya.
4. Wali aqrab ditahan atau dipenjara.
5. Wali aqrab tidak dapat dikesan.
6. Wali aqrab dalam ihram.
7. Wali aqrab enggan menikahkan.
8. Wali aqrab menyembunyikan diri.
9. Wali aqrab hilang dan tidak diketahui tempatatau hidup dan matinya.


GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI

1. Sebab ada hubungan nasab dan keturunan.
2. Sebab penyusuan.
3. Sebab persemendaan.
4. Sebab Musrikah dan kafir

Larangan sebab Nasab dan Keturunan

1. Ibu , Nenek dan ke atas.
2. Anak perempuan dan ke bawah.
3. Adik beradik perempuan seibu sebapa.
4. Adik beradik perempuan sebapa.
5. Adik beradik perempuan seibu
6. Adik beradik perempuan kepada ibu (emak saudara sebelah ibu) dan ke atas.
7. Adik beradik perempuan kepada bapa (emak saudara sebelah bapa) dan ke atas
8. Anak perempuan daripada adik beradik perempuan seibu sebapa dan ke bawah.
9. Anak perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
10. Anak perempuan daripada adik beradik sebapa.







Larangan Sebab Penyusuan

Kanak-kanak lelaki yang menyusu kepada seorang perempuan sebanyak lima kali atau lebih sedangkan umurnya kurang daripada 2 tahun

1. lbu susu dan ke atas.
2. Adik beradik perempuan sesusu dan ke bawah.
3. Emak saudara kepada ibu susuan dan ke atas.
4. Bekas isteri anak lelaki sesusuan.

Larangan Sebab Persemendaan

1. Emak mertua dan ke atas.
2. Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah bersetubuh dengan emaknya.
3. Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.
4. Isteri bapa (nenek) dan ke atas.

Larangan Sebab Permaduan (hanya sementara)


1. Adik beradik perempuan kepada isteri, iaitu haram dimadukan dua beradik dalam satu masa.
2. Mengumpulkan anak saudara dengan emak saudara dalam satu masa, iaitu adik beradik perempuan kepada bapasamada yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.
3. Isteri juga haram dimadukan dengan adik beradik perempuan kepaada ibunya baik adik beradik emaknya yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Larangan Sebab kafir

1. Wanita bukan Islam, kecuali Ahli Kitab, iaitu mereka beragama dan Nasrani yang asli. dan mereka beriltizam dengan agama serta kitab mereka yang asli.
2. Perempuan ditegah sama sekali berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam, walau pun Ahli Kitab yang asli.

Larangan Sebab lsteri Orang

Perempuan yang masih menjadi isteri orang.

Larangan Sebab 'Iddah

Perempuan yang bercerai dengan suaminya atau kematian suaminya dan masih dalam 'iddah



TANGGUNGJAWAB


Tanggungjawab suami (Hak Isteri)

1. Memberi nafkah zahir dan batin
2. Membayar mas kahwin kepada isteri
3. Memberi layanan yang baik
4. Menjaga maruah isteri
5. Memberi didikan agama
6. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
7. Menjaga dari sebarang ancaman
8. Adil terhadap semua isteri

Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)

1. Taat dan hormat kepada suami
2. Menjaga maruah suami
3. Memberi layanan yang baik
4. Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
5. Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
6. Tidak keluar rumah tanpa izin
7. Tidak mendedahkan kelemahan suami


Tanggungjawab bersama

1. Mengekalkan kerukunan rumahtangga
2. Memelihara dan menjaga anak-anak
3. Memberi pendidikan yang sempurna
4. Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
5. Menyediakan rawatan dan perubatan
6. Menjamin keselamatan

Isteri Mithali Berpandukan al-Qur'an dan Hadith
Antaranya ialah:

1. Sentiasa taat kepada Allah.
2. Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya.
3. Menyenangkan hati suami.
4. Pergi ke mana-mana setelah mendapat keizinan suami.
5. Tidak mudah menerima tetamu tanpa keizinan suami.
6. Pandai melayani suaminya dan anak-anaknya.
7. Tidak suka mengomel.
8. Suka hidup sederhana.
9. Tidak boros berbelanja.
10. Tidak suka berhutang.
11. Tidak suka mengumpat.
12. Memelihara kehormatan diri dan keturunannya

Merancang Kehidupan Berumahtangga

Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

1. Mencari tempat tinggal yang selesa.
2. Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menang­gung nafkah isteri dan anak-anak dan masa depan keluarga.
3. Berbincang suami isteri tentang perjalanan hidup berumahtangga dan rancangan pembangunan keluarga.
4. Mengenal pasti kerja-kerja dalam rumahtangga dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas suami atau isteri atau tugas bersama.
5. Mengatur waktu untuk bekerj a dan untuk melaksana­kan tugas-tugas di rumah dan dalam masyarakat dan waktu untuk bermesra.
6. Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi dan harmoni antara suami isteri.
7. Mengenal pasti perkara yang digemari dan tidak di­gemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.
8. Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga dan merancang masa hadapan mereka.
9. Membina daya kreatif untuk mengekalkan ke­mesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga.
10. Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat "Rumahku Syurgaku."

MUAMALAT

Takrif Muamalat :-

Perhubungan antara manusia sesama manusia untuk mendapatkan keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan tuntutan agama serta landasan syara’.
Contoh: jual beli dan sewa menyewa

Dalil al-Quran (Surah al-Qasas,ayat 77)

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنْ الدُّنْيَا

Terjemahan:Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia……

Fungsi dan kepentingan Muamalat:-

1. supaya manusia hidup bekerjasama, tolong menolong, bertukar-tukar keperluan serta berhubung dan berkenalan
2. membawa perpaduan umat dan keamanan masyarakat dan negara
3. terhindar dari penindasan, kezaliman dan penipuan
4. dapat mewujudkan masyrakat yang berdikari, saling berlumba-lumba, tekun dan sabar dalam mencari rezeki yang halal
5. lahirkan umat yang bertanggungjawab, sentiasa berlumba-lumba dalam membelanjakan harta pada jalan yang diredai-Nya


2. JUALBELI


Takrif jual beli:-

Bahasa- tukar sesuatu dengan sesuatu yang lain
Istilah - tukar harta atau benda yang ada nilai mengikut cara-cara yang diharuskan oleh syara’ dengan lafaz Ijab dan Qabul

Dalil
وأحل لله البيع وحرم الربوا
Hukumnya Haram


Hukum jual beli

Hukum jual beli akan berubah mengikut keadaan tertentu

Harus : Selagi tidak bercanggah dengan hokum syara’.Dalil al-Quran:
Wajib : Ketika manusia sangat memerlukan barangan tersebut seperti kebuluran
Sunat : Keperluan seperti menjual barang keperluan harian
Haram : Sewaktu azan kedua hari jumaat
Makruh : Sewaktu azan pertama hari jumaat


Sighah

ialah lafaz ijab dan qabul diantara penjual dan pembeli.

Syarat sighah:-

1. Tidak diselangi dengan perkataan lain
2. Tidak diselangi dengan diam yang lama
3. Sama ijab qabul dari segi makna
4. Tidak dihadkan masa
5. Tidak ada ta’lik
6. Dapat didengari oleh pembeli dan penjual


Rukun jual beli

1. Penjual
2. Pembeli
3. Barang
4. Harga
5. Sighah


Syarat barang jualan :-

1. bersih dari segi syara’
2. tidak sah jual barangan yang terkena najis yang tidak dapat disucikan , seperti jual minyak wangi yang bernajis
3. berfaedah .Tidak sah jual tiga biji beras
4. hak milik penjual atau wakil penjual
5. dapat diserah ketika akad
6. tahu jenis ,kadar dan sifatnya

Hikmat jual beli:-

1. Fitrah manusia yang perlukan orang lain bertukar barangan dan keperluan
2. Terhindar daripada perbuatan keji
3. Untuk kemudahan manusia
4. Dapat memiliki keperluan dengan cara yang halal
5. Dapat hidup bersatu padu dan saling tolong menolong
6. Tidak bertindak di luar batasan syara’ seperti kezaliman dan penganiayaan sesama mereka


Hikmat larangan jual beli yang haram

1. Elak penindasan dan penginayaan
2. Supaya barang yg dibeli dapat dimanfaatkan
3. Supaya kedua pihak berpuashati
4. Supaya kedua pihakdapat keberkatan
5. Untukhapus sifat pentingkan diri


Akibat jual beli tidak berlandas syarak

1. Berlaku penipuan,penindasan
2. Penting diri dan akhlak buruk
3. Pembeli akan tertipu dengan tawaran dan iklan
4. Infliasi dalam negara berlaku sebab sorokan barang


Jual beli yang haram tetapi sah:

1. membeli barang dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa sedangkan dia tidak perlu kepada barang tersebut tetapi bertujuan untuk menyekat orang lain daripada memilikinya
2. membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain iaitu dalam tempoh khiyar
3. membeli dengan cara menyekat di jalanan untuk meniggikan harga
4. membeli dengan tujuan untuk menyorok dengan tujuan dapat harga yang lebih tinggi kelak
5. jual brang yang digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat
6. jual dengan cara tipu
7. jual beli dengan mengatasi tawaran penjual dan pembeli lain

Jual beli yang haram serta tidak sah:

1. jual air benih binatang ternakan
2. jual anak binatang yang masih dalam kandungan
3. jual buah yang masih di atas pokok
4. jual benda yang tidak boleh diterima seperti burung di udara
5. jual hati,daging dengan binatang lain sama ada sama jenis atau tidak
6. jual bersyarat
7. jual syarat hutang
8. jual barang baru dibeli tetapi belum diterima sebab bukan milik sempurna lagi



Pendapat ulama’

Imam Syafei -
Tidak sah jual beli dengan kanak-kanak yang belum mumayyiz

Hanbali dan Hanafi
Sah jual beli kanak-kanak yang sudah mumayyiz jika barangan adalah kecil nilainya seperti sekilo gula


Jual beli sarf

Takrif jual beli sarf – jual mata wang dengan mata wang
Hukumnya-
· Harus Jual emas dengan emas atau perak dengan perak secara sukatan walaupun tidak sama timbangan dan sifatnya

· Haram Jual emas dengan emas jika tidak sama nilai,jenis dan sifatnya serta berhutang


Jual beli faedah
Takrif jual faedah- saling mengambil faedah atau manfaat, atau sewa menyewa atau upah mengupah
Hukum jual beli faedah:-
· Harus berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Talaq ayat 6:


Terjemahan:…..kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya……..
Sebab untuk kepentingan manusia (masalih al-mursalah)



Jual Beli Jizaf
Jual sesuatu tidak disukat dan tidak ditimbang iaitu dengan cara anggaran atau borong

Syarat sah Jizaf:-
1. barang yang menjadi tukaran wujud masa akad
2. pembeli dan penjual tidak tahu kadar barang yang dijual
3. barang mestilah dalam jumlah yang banyak tetapi tidak melebihi had banyak
4. barang mestilah berada di suatu tempat khas dan tidak bercampur aduk dengan barang lain
5. barang mestilah sama dengan apa yang dijangkakan
6. tidak bercampur dengan barangan yang mempunyai timbangan tertentu waktu akad

Jenis-jenis jual beli

1. Jual sarf
2. Jual faedah
3. Jual Jizaf
4. Jual Fuduli
5. Jual Mua’tah
6. Jual Tasi’r
7. Jual ‘Urbun


Jual beli Fuduli

Takrif –Jual sesuatu yang bukan hak miliknya seperti seseorang itu menjual barangan milik orang lain tanpa diwakilkan atau tanpa izin. Contohnya –seorang suami menjual barang milik isterinya tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada isterinya.

Hukum jual beli Fuduli :-

Mazhab Maliki dan Hanafi
Sah sekiranya dipersetujui oleh tuannya dan dengan syarat :

(1) sekiranya ia menguntungkan pemilik asal
(2) sekiranya tidak menzalimi pemilik dan penjual serta harga
(3) mestilah orang yang mampu melaksanakan urusan jual beli
(4) mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas akad

Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Zahiri
Batal walaupun setuju kerana persetujuan pemilik harta mestilah di waktu akad. Hujah:
(1)pengurusan harta orang lain tanpa izinnya adalah ditegah
(2)bukan pemiliknya dan bukan pemilik waktu akad itu


Jual beli Mua’tah

Maksud – pembeli dan penjual bersetuju atas penetapan harga , tanpa lafaz ijab dan qabul. Contohnya seseorang itu mengambil barang dan membayar harga tanpa ada sighah ijab dan qabul seperti jualan layan diri di pasaraya

Hukum jual beli Mua’tah :-

-Menurut Jumhur Ulamak(Hanafi ,Malik dan Hanbali)
Sah dan harus dilaksanakan.
Syaratnya ialah pembeli dan penjual saling reda meredai

Menurut pendapat Imam Syafi’e
Tidak sah
kerana tidak ada lafaz ijab dan qabul yang jelas atau secara sindiran.
Mestilah dengan lafaz kerana keredaan itu tersembunyi di dalam hati dan orang lain tidak tahu

Segelintir pengikut Imam Syafi’e (Imam Nawawi , Bagahawi dan Mutawalli)-
Sah walaupun tidak dibuktikan dengan lafaz
kerana sudah menjadi adat kepada manusia tidak ada lafaz ijab dan qabul tetapi saling berterimaan di majlis akad.

Jual beli Tas’ir

Kawalan harga oleh pemerintah dalam menetapkan harga sesuatu barang supaya tidak menzalimi pembeli dan penjual . Contohnya barang keperluan asas seperti beras.
Hukum jual beli Tas’ir :-

Menurut Syafi’e
haram sebab bukan miliknya
Malik dan Hanafi
harus sebab maslahah umum

Jual beli U’rbun

Menjual sesuatu barang dengan syarat membayar sebahagian dari harga barang sebagai wang pendahuluan dan bakinya dijelaskan kemudian (bayar cengkeram) Sekiranya tidak bersetuju Wang tersebut diberikan kepada penjual.

.Hukum jual U’rbun :-

Jumhur Ulamak
Haram , batal dan tidak sah
kerana mengandungi unsure-unsur penipuan dan kezaliman
Nabi sendiri melarang jual beli cara U’rbun kerana termasuk dalam penipuan dan makan harta orang lain secara haram berlaku penindasan dan hangus sekiranya tidak jadi berurusan

Jual Beli Tunai dan Bertangguh

i. AI-Bai'Bi Thamani al-'Ajil ( Jual beli dengan bayaran tunai)
ii. Al-Bai'Bi Thamani al-Ajil Oual beli dengan bayaran bertangguh).

Kedua-dua jenis jual beli ini berlaku dalam kehidupan seharian. Biasanya bagi barang-barang keperluan seharian atau yang tidak mahal harganya, orang akan membeli dengan cara tunai seperti barang-barang makanan, pakaian dan alat persekolahan.

Tetapi bagi memiliki barang yang mahal harganya orang akan membeli dengan cara bayaran beransur seperti kereta dan rumah. Namun begitu, orang yang kurang berkemampuan atau rendah daya beli biasanya akan membeli barang-barang keperluan secara bayaran beransur atau dibayar bertempoh mengikut tempoh yang dipersetujui antara penjual dan pembeli.

A 1-Bai' Bi Thaniani al-Ajil bermaksud: Menangguhkan bayaran sesuatu barang jualan iaitu dengan pembeli menerima serahan barang dan pcnjual akan menerima bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sama ada secara sekaligus atau secara beransur.

Al-Bai'Bi Thaniani al-Ajil adalah termasuk dalam kumpulan "Bai' al-Aial" ( jual beli yang bertempoh). Jika bayaran didahulukan dan barang dikemudiankan (mengikut tempoh), maka ia dikenali sebagai "al-Salam". Jika serahan barang jualan didahulukan dan bayaran dikemudiankan, maka ia dinamakan hutanc,. Istilah Bai' al-Ajil dalam konsep mu'amalat di Malaysia bermaksud membeli suatu yang dibayar harganya secara beransur-ansur.

Jenis-jenis Jual Beli Berdasarkan Harga

1 . Bai'al-Murabahah:
Jual beli pada harga asal dengan tambahan keuntunean pada kadar tertentu yang kedua-duanya dinyatakan oleh penjual daii dipersetujui olch pembeli. Contohnya: "Saya jual rumah itu dengan harga pokok RM 50,000 dan saya mengambil untung RM 5,000." (harga jualan RM 55,000).
2. Bai'al-Tauliah:
Jual beli pada harga asal dengan penjual tidak mengambil sebarang keuntungan ( Jual beli pada harga kos).
Contohnva:"Saya jual kereta itu dengan harga pokok RM 25,000." (harga jualan RM 25,000).

3. Bai'al-Wadhi'ah:
Jual beli pada harga yang lebih rendah daripada harga asal dengan penjual sedia menerima kerugian pada kadar tertentu ( Jual beli pada harga di bawah kos). Contohnya: "Saya jual rumah itu dengan harga RM 45,000 kurang RM 5,000 daripada harga pokok." (Harga pokok ialah RM 50.000)

4. Bai'al-Musawamah:
Jual beli dengan kerelaan kedua-dua pihak Penjual dan pembeli tanpa menyatakan keuntungan yang diambil oleh perjual. Contohnya:"Saya jual barang itu kepada kamu dengan harga RM 100."

5. Bai’ al Isyrak:
Jual beli sebahagian barang dengan sebahagian harga asal dengan penjual tidak mengambil sebarang keuntungan. Contohnya: "Harga asal tanah itu ialah RM 20,000, saya jual setengah daripadanya kepada kamu dengan harga RM 10,000


Etika/ Adab Perniagaan dalam Islam

1. Peniaga/ pengusaha: Beriman, bertaqwa, mempunyai ilmu dan kemahiran, amanah dan dedikasi.
2. Bahan yang dikeluarkan: Baik, halal dan berkualiti.
3. Perjalanan perniagaan: Adil, jujur dan teratur mengikut
4. Sumber kewangan: Bebas daripada riba dan halal.
5. Tujuan perniagaan: Meningkatkan modal pengeluaran,
6. mendapatkan keuntungan dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
7. Matlamat perniagaan: Membina masyarakat sejahtera,



Akibat mengabaikan perniagaan dikalangan umat Islam

1. Sumber asli tidak dapat dimanfaatkan
2. Kekayaan diterokai oleh orang lain
3. Tidak dapat kuasai ekonomi dunia
4. Taraf kehidupan umat Islam rendah.
5. Kemiskinan meluas di dunia Islam.
6. Peluang pembangunan tidak dapat dimanfaatkan oleh umat Islam.
7. Kedudukan umat Islam dipandang rendah oleh orang lain.
8. Umat Islam mundur dan ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan dan kemajuan dunia.
9. Gejala sosial dan jenayah mudah berkembang di dunia Islam.
10. Mudah menyerah dan mengalah kepada orang lain.
11. Tidak berupaya menentang penindasan dan penjajahan.
12. Mudah terjerumus kepada gejala maksiat dan kekufuran.
13. Tidak dapat menjadi umat yang dihormati dan dicontohi.
14. Dakwah Islam tidak dapat dilaksanakan dengan lancar atau terbantut.

Penindasan dalam Perniagaan

1 .Harga yang tinggi:

Penjual yang meletakkan harga yang tinggi adalah dikira menindas kerana Islam menggalakkan tolak ansur dan timbang rasa (al-Musamahah). Oleh itu, Islam mengharam­kan ihtikar (menyimpan barang untuk menaikkan harga) dan mengharamkan Bai' al-Najasyi (Ielong dengan tujuan menaikkan harga).
2. Penipuan:

Sebarang jenis penipuan sama ada yang berkaitan dengan jenis barang, kualiti barang, spesifikasi (sifat) barang yang dijual atau tentang penyerahan barang adalah haram. Maka penipuan dilarang sama sekali dalam jual beli atau dalam perkongsian (syarikat). Jelasnya, mendapatkan harta orang lain dengan cara penipuan adalah haram dan dikira memakan harta orang secara batil. Untuk mengelak daripada berlakunya penipuan ini, maka Islam melarang beberapa j ual beli.


Contoh jual beli yang diharamkan kerana terdapat unsur-unsur penipuan ialah:

i. Pembeli menjual barang yang belum diterima serahan barang itu daripada penjual pertama. Ertinya pembeli sudah membeli sesuatu barang yang belum diterintanya, tetapi ia menjualnya pada pihak lain (Bai'al-Sil'ah Qabla Qabdhiha).

ii. Menjual sesuatu yang tidak ada pada pemiliknya ertinya menjual barang y,"g tidak ada pada penjual (Bai' Ma Laisa 'Indahu).

iii. Menjual kambing atau sebagainya tanpa memerah susunya dengan tujuan untuk memperdaya pembeli bahawa kambing itu mempunyai banyak susu (Bai' al-Misrah).

iv. Orang bandar membeli daripada orang kampung ditengah jalan sedangkan orang kampung itu bermaksud hendak menjualkannya sendiri di bandar dan ia belum tahu harga jualan yang sebenar (Bai' al-Hadhir Libadin).

v. Pada masa sekarang cara jual beli ini disebut jual bell melalui broker yang akan menaikkan hargajualan tanpa modal dan tanpa diketahui oleh penjual atau pernilik asal. Broker ini akan secara langsung memeras penjual asal dan pembeli.

3. Paksaan:
Sebarang unsur pemaksaan yang berlaku dalam kontrak jual beli ' adalah salah dan menjadikan kontrak jual beli itu tidak sah. Seseorang itu tidak boleh dipaksa menjual atau membeli sesuatu kecuali jlka dia berhutang dan hakim memutuskan supaya hartanya dijual demi untuk menjelaskan hutangnya untuk mengelak pemaksaan, maka Islam telah meletakkan "Kerelaan" sebagai salah satu rukun jual beli.

4. Mengenakan tanggungan ke atas pembeli:
Dalam masa sekarang, pembeli kadang-kadang dikenakan bayaran tertentu di luar harga baranc, yang tidak sepatut­nya ditanggungnya.Umpamanya pengangkutan barang atau pengurusan. Penjual kadang-kadang mengenakan kos pengangkutan dan pengurusan itu seluruhnya ke atas pembeli. Sepatutnya pembeli hanya akan dikenakan kos pengangkutan jika ingin menerima serahan barang di tempat yang berbeza dari tempat yang dipersetujui dalam kontrak-. Dalam kontrak jual beli Islam jika berlaku perkara seperti ini, maka kontrak itu boleh dibatalkan.

5. Monopoli:
Monopoli barangan dengan tujuan menaikkan harga adalah haram. Sebarangjenis bentukjual beli yang mem­punyai unsur ini adalah haram. Jual beli pada masa kini' yang boleh dimasukkan ke dalam kategori ini ialah "Jualan langsung yang mengenakan harga yang tinggl."

6. Tidak menyatakan keadaan barang yang sebenar:
Perkara ini kerap berlaku dalam keadaan penjual tidak mahu memberitahu kecacatan barang. Pembeli teraniaya kerana tidak memperolehi barang seperti yang dijangka­kan. Melalui perundangan Islam, ia memberi hak kepada pembeli untuk membatalkan kontrak iaitu melalui hak "Khiyar al-'Aib


Nilai-nilai Positif Jual Beli Secara Syari’i

1. Kebaikan melaksanakan jual beli menurut hukum Islam:
2. Mendorong orang Islam menguasai bidang pemiagaan dan perdagangan.
3. Mendorong orang Islam untuk melakukan perusahaan juga perniagaan yang diharuskan
4. Mendidik dan membentuk masyarakat berurus niaga secara Islam.
5. Mengelakkan perusahaan, perdagangan dan pemiagaan sertajual beli yang dilarang oleh Islam.
6. Melaksanakan kewajipan fardhu kifayah.
7. Membina rangkalan dalam perusahaan, perniagaan dan jual beli di kalangan umat Islam.
8. Melaksanakan sistem ekonomi yang dituntut oleh Islam.
9. Menyelamatkan umat Islam daripada terjebak dalam sistem kapitalis dan sosialis yang menindas.
10. Membina kekuatan ekonomi umat Islam.
11. Mengharapkan keberkatan, kurniaan dan keredhaan Allah Ta'ala.

Monday, June 23, 2008

Tingkatan 5 : HIDAYAH MILIK ALLAH


HIDAYAH MILIK ALLAH






اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ

كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ


الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ


وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَم تَمْسَسْهُ نَارٌ

نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءْ

وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

An Nur : 35



Intisari Ayat

  • Allah menerangi kehidupan umat Islam di bumi dengan Al Quran
  • Allah berhak memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki
  • Allah Maha Berkuasa atas sesuatu


MAKSUD HIDAYAH

-Petunjuk, Panduan, Pimpinan Allah ke jalan yang benar kepada sesiapa yang dikehendakinya


Kepentingan hidayah..


1.Menemui jalan hidup yang benar


2.Membolehkan hidup selesa dan sejahtera


3.Dorongan amar makruf nahi mungkar


4.Sanggup berjihad dan berjuang untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.


Golongan Yang Memperolehi Hidayah Allah


-Mereka yang sentiasa bertasbih, bertahmid, dan memuji kebesaran Allah
-Melakukan urusan perniagaan tanpa meninggalkan tuntutan wajib dan sentiasa mengingatiNya
-Mengerjakan solat fardhu dan solat sunat.
-Mengeluarkan zakat sama ada zakat fitrah dan zakat harta
-Bertaqwa kepada Allah S.W.T. serta takut kepada azabNya di hari akhirat


Cara mendapatkan hidayah Allah

  • Menuntut ilmu
  • Beramal
  • Zikrullah


Golongan Yang Mendapat Hidayah Allah :

  • Orang yang banyak amalan-amalan sunatnya
  • Mengerjakan ibadat khusus serta menjaga kualitinya
  • Bermuamalah mengikut syariat Islam
  • Berakhlak mulia dan terpuji
  • Berzikir dan melazimi membaca Al Quran
  • Takut kepada pembalasan Hari Kiamat


Halangan dari mendapat hidayah..


1.Terus berada dalam kejahilan


2.Tidak berusaha menuntut ilmu


3.Tidak beramal dengan ilmu


4.Bersikap sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri


5.Melakukan maksiat


6.Memakan makanan haram


Bukti Al Quran sebagai mukjizat


1.Gaya bahasa al Quran sangat tinggi hinggakan melemahkan orang arab pada masa itu yang dianggap telah mencapai kemuncak dalam kesusateraan bahasa arab


2.Al quran terdapat pelbagai jenis ilmu termasuklah perkara ghaib – ( lengkap )


3.Allah mencabar manusia mencipta ayat seperti al quran namun tiada siapa yang mampu melaksanakannya

4.Diturunkan untuk menjadi petunjuk


5.Membacanya dikira ibadah


BUKTI AL QURAN BUKAN REKAAN BAGINDA


1.BAGINDA SEORANG YANG UMMI ( BUTA HURUF )


2.SEBELUM AL-QURAN DITURUNKAN BAGINDA TIDAK PERNAH MENYEBUT AYAT-AYAT AL QURAN


3. MUSTAHIL BAGINDA MENGETAHUI PERKARA-PERKARA GHAIB YANG BERKAITAN ALAM AKHIRAT MELAINKAN SETELAH MENDAPAT WAHYU


Ilmu Fardhu ain dan kifayah


1.Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh semua orang Islam seperti ilmu mengenai solat, akidah.. dsb


2.Ilmu fardhu kifayah – ilmu yang wajib dipelajari hanya segelintir umat Islam sahaja. Contoh kedoktoran, guru, mekanik, tukang kayu, ahli ekonomi, korporat.. dsb.


Kepentingan Ilmu


1.Dapat membezakan mana yang baik dengan yang buruk


2.Dapat melakukan ibadah dengan sempurna


3.Dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan


4.Untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat


Pengajaran Ayat

  • Hidayah perlu diusahakan
  • Menuntut Ilmu satu kewajipan dan cara memperolehi hidayah
  • Hidayah Allah umpama cahaya
  • Wajib menguasai Ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah

sekian dahulu..wassalam











Tingkatan 4 : NABI MUHAMAD S.A.W UTUSAN ALLAH

NABI MUHAMAD S.A.W UTUSAN ALLAH



لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ

مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

At Taubah : 128



فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ

وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ


At Taubah : 129




Intisari Ayat

  • Allah mengutus rasul dari kalangan manusia
  • Rasul amat mengambil berat terhadap umatnya
  • Rasul sangat mengasihi orang yang beriman dan sentiasa berdoa kepada Allah


Mengapa manusia perlukan rasul?


1.Akal manusia terbatas tidak dapat mengetahui perkara-perkara yang tidak mampu difikirkan oleh pemikiran mereka


2.Akal manusia tidak mengetahui perkara-perkara ghaib tanpa keterangan wahyu Allah


3.Akal manusia tidak mampu mebezakan perkara-perkara baik dan sebaliknya tanpa bimbingan wahyu dari Allah

Hikmah Mengutuskan Rasul dari kalangan manusia

  • Membuktikan bahawa syariat islam
    mampu dilaksanakan oleh manusia
  • Memudahkan manusia menerima
    seruan yang disampaikan
  • Memudahkan manusia mencontohi
    Rasulullah s.a.w.
  • Memudahkan manusia berkomunikasi
    dengan Rasulullah s.a.w.


Kasih sayang Rasul kepada umatnya


1.Mendoakan kesejahteraan umatnya


2.Memaafkan kaumnya


3.Mendoakan golongan yang menentangnya supaya diberi hidayah oleh Allah


4.Mengambil berat masaalah yang berlaku dikalangan umatnya


5.Memberi syafaat di hari kiamat


Cara mengasihi Rasulullah


1.Percaya dan patuhi ajarannya


2.Amalkan sunnah baginda


3.Berselawat ke atas baginda


4.Contohi akhlak baginda


5.Amar makruf dan nahi mungkar


SIFAT-SIFAT PENDAKWAH

  • Berilmu
  • Sabar dan redha
  • Yakin dengan pertolongan Allah
  • Berakhlak mulia
  • Tawakkal


Pengertian tawakkal


-Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Hikmah tawakkal


1.Meneguhkan keimanan kerana yakin sesuatu itu penentunya adalah dari Allah


2.Dapat menambahkan keyakinan terhadap perkara yang dilakukan


3.Dapat menanam sifat sabar dan tekun dalam diri


4.Tidak mudah putus asa dan kecewa


5.Menjadikan seseorang itu rajin dan bersungguh-sungguh

Pengajaran Ayat

  • Ajaran Islam mampu dilaksanakan oleh semua manusia
  • Mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. dalam kehidupan
  • Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w
  • Berusaha dan bertawakkal kepada Allah asas kejayaan dalam berdakwah

Sekian dahulu di sini..wassalam