Tuesday, July 1, 2008

JAGA AURAT

RENUNGAN



Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata: "Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."

Jawab Nabi SAW : "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu perkara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah. "Sabda baginda : "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad."

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini?" Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah." Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata: "Awas, jaga ini baik-baik."

Aku bertanya: "Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya?" Baginda lalu menjawab: "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka."

Amalan-Amalan Utama Mengikut Taqwim Hijriyyah

UNTUK SEPANJANG TAHUN


Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain
Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan sebagainya
Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis
Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru
MUHARRAM


1 - 9 haribulan - Puasa sunat
10 haribulan (Hari Asyura) -
Puasa sunat
menyapu kepala anak yatim
bersedekah kepada fakir miskin
bercelak mata
meluaskan perbelanjaan keluarga
memperbanyak bacaan berikut :
REJAB


Kelebihan puasa sunat di bulan Rejab :
Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar dari Allah
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan dari Allah
Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal.
Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka
Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga
Puasa 10 hari - Allah akan mengkabulkan permintaannya
Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
Ibadat-ibadat lain yang digalakkan :
Membaca surah Al-Ikhlas setiap hari 11 kali atau lebih
Membaca al-Quran
Memperbanyakkan doa, istighfar dan lain-lain seperti dibawah ini :
27 hb Rejab - Isra' Mi'raj - digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa itu serta mengambil i'tibar daripadanya, dan mengerjakan puasa sunat.


SYAABAN


15hb - Nisfu Syaaban. Hidupkan malamnya dengan membaca Yasin 3 kali dengan tertib dan berdoa supaya (i) panjang umur serta dapat beribadat (ii) murah rezeki (iii)ditetapkan iman


RAMADHAN


Doa pada awal malam Ramadhan :
Menyempurnakan Puasa Fardhu Ramadhan
Sembahyang sunat tarawih dan witir pada malamnya
Memperbanyakkan membaca Al-Quran
Memperbanyakkan Sedekah
Memperhebatkan ibadat di waktu malam terutama 10 malam terakhir
Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah di bulan Ramadhan menyamai pahala satu haji
Menunggu-nunggu Lailatul-Qadar
Segerakan membayar Zakat Fitrah


SYAWAL


Sembahyang sunat 'Idul Fitri
Puasa 6 hari dalam bulan Syawal setelah sempurna puasa Ramadhan mendapat pahala puasa setahun
Membaca takbir sehingga sembahyang 'Idul Fitri
Hidupkan malam 1 syawal dengan banyak beribadat


ZULHIJJAH


1 hingga 8 hb - Sunat berpuasa
8 hb - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
10 hb - Hari Raya Haji/Korban - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
Melakukan korban
11, 12 dan 13 hb (hari-hari Tasyrik) - hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
29hb atau 30hb - Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


ANAK-ANAK ZAMAN INI

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:

1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.

2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang

3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro

4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina

5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.

6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.

7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.

8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.

9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.

10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.

11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .

12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .

WAHAI INSAN,

WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.

Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.



Sumber: Internet.

Sila hubungi: wahabamat@yahoo.com

Tel: 04-4702048