Wednesday, June 25, 2008

MUAMALAT

Takrif Muamalat :-

Perhubungan antara manusia sesama manusia untuk mendapatkan keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan tuntutan agama serta landasan syara’.
Contoh: jual beli dan sewa menyewa

Dalil al-Quran (Surah al-Qasas,ayat 77)

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنْ الدُّنْيَا

Terjemahan:Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia……

Fungsi dan kepentingan Muamalat:-

1. supaya manusia hidup bekerjasama, tolong menolong, bertukar-tukar keperluan serta berhubung dan berkenalan
2. membawa perpaduan umat dan keamanan masyarakat dan negara
3. terhindar dari penindasan, kezaliman dan penipuan
4. dapat mewujudkan masyrakat yang berdikari, saling berlumba-lumba, tekun dan sabar dalam mencari rezeki yang halal
5. lahirkan umat yang bertanggungjawab, sentiasa berlumba-lumba dalam membelanjakan harta pada jalan yang diredai-Nya


2. JUALBELI


Takrif jual beli:-

Bahasa- tukar sesuatu dengan sesuatu yang lain
Istilah - tukar harta atau benda yang ada nilai mengikut cara-cara yang diharuskan oleh syara’ dengan lafaz Ijab dan Qabul

Dalil
وأحل لله البيع وحرم الربوا
Hukumnya Haram


Hukum jual beli

Hukum jual beli akan berubah mengikut keadaan tertentu

Harus : Selagi tidak bercanggah dengan hokum syara’.Dalil al-Quran:
Wajib : Ketika manusia sangat memerlukan barangan tersebut seperti kebuluran
Sunat : Keperluan seperti menjual barang keperluan harian
Haram : Sewaktu azan kedua hari jumaat
Makruh : Sewaktu azan pertama hari jumaat


Sighah

ialah lafaz ijab dan qabul diantara penjual dan pembeli.

Syarat sighah:-

1. Tidak diselangi dengan perkataan lain
2. Tidak diselangi dengan diam yang lama
3. Sama ijab qabul dari segi makna
4. Tidak dihadkan masa
5. Tidak ada ta’lik
6. Dapat didengari oleh pembeli dan penjual


Rukun jual beli

1. Penjual
2. Pembeli
3. Barang
4. Harga
5. Sighah


Syarat barang jualan :-

1. bersih dari segi syara’
2. tidak sah jual barangan yang terkena najis yang tidak dapat disucikan , seperti jual minyak wangi yang bernajis
3. berfaedah .Tidak sah jual tiga biji beras
4. hak milik penjual atau wakil penjual
5. dapat diserah ketika akad
6. tahu jenis ,kadar dan sifatnya

Hikmat jual beli:-

1. Fitrah manusia yang perlukan orang lain bertukar barangan dan keperluan
2. Terhindar daripada perbuatan keji
3. Untuk kemudahan manusia
4. Dapat memiliki keperluan dengan cara yang halal
5. Dapat hidup bersatu padu dan saling tolong menolong
6. Tidak bertindak di luar batasan syara’ seperti kezaliman dan penganiayaan sesama mereka


Hikmat larangan jual beli yang haram

1. Elak penindasan dan penginayaan
2. Supaya barang yg dibeli dapat dimanfaatkan
3. Supaya kedua pihak berpuashati
4. Supaya kedua pihakdapat keberkatan
5. Untukhapus sifat pentingkan diri


Akibat jual beli tidak berlandas syarak

1. Berlaku penipuan,penindasan
2. Penting diri dan akhlak buruk
3. Pembeli akan tertipu dengan tawaran dan iklan
4. Infliasi dalam negara berlaku sebab sorokan barang


Jual beli yang haram tetapi sah:

1. membeli barang dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa sedangkan dia tidak perlu kepada barang tersebut tetapi bertujuan untuk menyekat orang lain daripada memilikinya
2. membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain iaitu dalam tempoh khiyar
3. membeli dengan cara menyekat di jalanan untuk meniggikan harga
4. membeli dengan tujuan untuk menyorok dengan tujuan dapat harga yang lebih tinggi kelak
5. jual brang yang digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat
6. jual dengan cara tipu
7. jual beli dengan mengatasi tawaran penjual dan pembeli lain

Jual beli yang haram serta tidak sah:

1. jual air benih binatang ternakan
2. jual anak binatang yang masih dalam kandungan
3. jual buah yang masih di atas pokok
4. jual benda yang tidak boleh diterima seperti burung di udara
5. jual hati,daging dengan binatang lain sama ada sama jenis atau tidak
6. jual bersyarat
7. jual syarat hutang
8. jual barang baru dibeli tetapi belum diterima sebab bukan milik sempurna lagi



Pendapat ulama’

Imam Syafei -
Tidak sah jual beli dengan kanak-kanak yang belum mumayyiz

Hanbali dan Hanafi
Sah jual beli kanak-kanak yang sudah mumayyiz jika barangan adalah kecil nilainya seperti sekilo gula


Jual beli sarf

Takrif jual beli sarf – jual mata wang dengan mata wang
Hukumnya-
· Harus Jual emas dengan emas atau perak dengan perak secara sukatan walaupun tidak sama timbangan dan sifatnya

· Haram Jual emas dengan emas jika tidak sama nilai,jenis dan sifatnya serta berhutang


Jual beli faedah
Takrif jual faedah- saling mengambil faedah atau manfaat, atau sewa menyewa atau upah mengupah
Hukum jual beli faedah:-
· Harus berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Talaq ayat 6:


Terjemahan:…..kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya……..
Sebab untuk kepentingan manusia (masalih al-mursalah)



Jual Beli Jizaf
Jual sesuatu tidak disukat dan tidak ditimbang iaitu dengan cara anggaran atau borong

Syarat sah Jizaf:-
1. barang yang menjadi tukaran wujud masa akad
2. pembeli dan penjual tidak tahu kadar barang yang dijual
3. barang mestilah dalam jumlah yang banyak tetapi tidak melebihi had banyak
4. barang mestilah berada di suatu tempat khas dan tidak bercampur aduk dengan barang lain
5. barang mestilah sama dengan apa yang dijangkakan
6. tidak bercampur dengan barangan yang mempunyai timbangan tertentu waktu akad

Jenis-jenis jual beli

1. Jual sarf
2. Jual faedah
3. Jual Jizaf
4. Jual Fuduli
5. Jual Mua’tah
6. Jual Tasi’r
7. Jual ‘Urbun


Jual beli Fuduli

Takrif –Jual sesuatu yang bukan hak miliknya seperti seseorang itu menjual barangan milik orang lain tanpa diwakilkan atau tanpa izin. Contohnya –seorang suami menjual barang milik isterinya tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada isterinya.

Hukum jual beli Fuduli :-

Mazhab Maliki dan Hanafi
Sah sekiranya dipersetujui oleh tuannya dan dengan syarat :

(1) sekiranya ia menguntungkan pemilik asal
(2) sekiranya tidak menzalimi pemilik dan penjual serta harga
(3) mestilah orang yang mampu melaksanakan urusan jual beli
(4) mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas akad

Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Zahiri
Batal walaupun setuju kerana persetujuan pemilik harta mestilah di waktu akad. Hujah:
(1)pengurusan harta orang lain tanpa izinnya adalah ditegah
(2)bukan pemiliknya dan bukan pemilik waktu akad itu


Jual beli Mua’tah

Maksud – pembeli dan penjual bersetuju atas penetapan harga , tanpa lafaz ijab dan qabul. Contohnya seseorang itu mengambil barang dan membayar harga tanpa ada sighah ijab dan qabul seperti jualan layan diri di pasaraya

Hukum jual beli Mua’tah :-

-Menurut Jumhur Ulamak(Hanafi ,Malik dan Hanbali)
Sah dan harus dilaksanakan.
Syaratnya ialah pembeli dan penjual saling reda meredai

Menurut pendapat Imam Syafi’e
Tidak sah
kerana tidak ada lafaz ijab dan qabul yang jelas atau secara sindiran.
Mestilah dengan lafaz kerana keredaan itu tersembunyi di dalam hati dan orang lain tidak tahu

Segelintir pengikut Imam Syafi’e (Imam Nawawi , Bagahawi dan Mutawalli)-
Sah walaupun tidak dibuktikan dengan lafaz
kerana sudah menjadi adat kepada manusia tidak ada lafaz ijab dan qabul tetapi saling berterimaan di majlis akad.

Jual beli Tas’ir

Kawalan harga oleh pemerintah dalam menetapkan harga sesuatu barang supaya tidak menzalimi pembeli dan penjual . Contohnya barang keperluan asas seperti beras.
Hukum jual beli Tas’ir :-

Menurut Syafi’e
haram sebab bukan miliknya
Malik dan Hanafi
harus sebab maslahah umum

Jual beli U’rbun

Menjual sesuatu barang dengan syarat membayar sebahagian dari harga barang sebagai wang pendahuluan dan bakinya dijelaskan kemudian (bayar cengkeram) Sekiranya tidak bersetuju Wang tersebut diberikan kepada penjual.

.Hukum jual U’rbun :-

Jumhur Ulamak
Haram , batal dan tidak sah
kerana mengandungi unsure-unsur penipuan dan kezaliman
Nabi sendiri melarang jual beli cara U’rbun kerana termasuk dalam penipuan dan makan harta orang lain secara haram berlaku penindasan dan hangus sekiranya tidak jadi berurusan

Jual Beli Tunai dan Bertangguh

i. AI-Bai'Bi Thamani al-'Ajil ( Jual beli dengan bayaran tunai)
ii. Al-Bai'Bi Thamani al-Ajil Oual beli dengan bayaran bertangguh).

Kedua-dua jenis jual beli ini berlaku dalam kehidupan seharian. Biasanya bagi barang-barang keperluan seharian atau yang tidak mahal harganya, orang akan membeli dengan cara tunai seperti barang-barang makanan, pakaian dan alat persekolahan.

Tetapi bagi memiliki barang yang mahal harganya orang akan membeli dengan cara bayaran beransur seperti kereta dan rumah. Namun begitu, orang yang kurang berkemampuan atau rendah daya beli biasanya akan membeli barang-barang keperluan secara bayaran beransur atau dibayar bertempoh mengikut tempoh yang dipersetujui antara penjual dan pembeli.

A 1-Bai' Bi Thaniani al-Ajil bermaksud: Menangguhkan bayaran sesuatu barang jualan iaitu dengan pembeli menerima serahan barang dan pcnjual akan menerima bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sama ada secara sekaligus atau secara beransur.

Al-Bai'Bi Thaniani al-Ajil adalah termasuk dalam kumpulan "Bai' al-Aial" ( jual beli yang bertempoh). Jika bayaran didahulukan dan barang dikemudiankan (mengikut tempoh), maka ia dikenali sebagai "al-Salam". Jika serahan barang jualan didahulukan dan bayaran dikemudiankan, maka ia dinamakan hutanc,. Istilah Bai' al-Ajil dalam konsep mu'amalat di Malaysia bermaksud membeli suatu yang dibayar harganya secara beransur-ansur.

Jenis-jenis Jual Beli Berdasarkan Harga

1 . Bai'al-Murabahah:
Jual beli pada harga asal dengan tambahan keuntunean pada kadar tertentu yang kedua-duanya dinyatakan oleh penjual daii dipersetujui olch pembeli. Contohnya: "Saya jual rumah itu dengan harga pokok RM 50,000 dan saya mengambil untung RM 5,000." (harga jualan RM 55,000).
2. Bai'al-Tauliah:
Jual beli pada harga asal dengan penjual tidak mengambil sebarang keuntungan ( Jual beli pada harga kos).
Contohnva:"Saya jual kereta itu dengan harga pokok RM 25,000." (harga jualan RM 25,000).

3. Bai'al-Wadhi'ah:
Jual beli pada harga yang lebih rendah daripada harga asal dengan penjual sedia menerima kerugian pada kadar tertentu ( Jual beli pada harga di bawah kos). Contohnya: "Saya jual rumah itu dengan harga RM 45,000 kurang RM 5,000 daripada harga pokok." (Harga pokok ialah RM 50.000)

4. Bai'al-Musawamah:
Jual beli dengan kerelaan kedua-dua pihak Penjual dan pembeli tanpa menyatakan keuntungan yang diambil oleh perjual. Contohnya:"Saya jual barang itu kepada kamu dengan harga RM 100."

5. Bai’ al Isyrak:
Jual beli sebahagian barang dengan sebahagian harga asal dengan penjual tidak mengambil sebarang keuntungan. Contohnya: "Harga asal tanah itu ialah RM 20,000, saya jual setengah daripadanya kepada kamu dengan harga RM 10,000


Etika/ Adab Perniagaan dalam Islam

1. Peniaga/ pengusaha: Beriman, bertaqwa, mempunyai ilmu dan kemahiran, amanah dan dedikasi.
2. Bahan yang dikeluarkan: Baik, halal dan berkualiti.
3. Perjalanan perniagaan: Adil, jujur dan teratur mengikut
4. Sumber kewangan: Bebas daripada riba dan halal.
5. Tujuan perniagaan: Meningkatkan modal pengeluaran,
6. mendapatkan keuntungan dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
7. Matlamat perniagaan: Membina masyarakat sejahtera,



Akibat mengabaikan perniagaan dikalangan umat Islam

1. Sumber asli tidak dapat dimanfaatkan
2. Kekayaan diterokai oleh orang lain
3. Tidak dapat kuasai ekonomi dunia
4. Taraf kehidupan umat Islam rendah.
5. Kemiskinan meluas di dunia Islam.
6. Peluang pembangunan tidak dapat dimanfaatkan oleh umat Islam.
7. Kedudukan umat Islam dipandang rendah oleh orang lain.
8. Umat Islam mundur dan ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan dan kemajuan dunia.
9. Gejala sosial dan jenayah mudah berkembang di dunia Islam.
10. Mudah menyerah dan mengalah kepada orang lain.
11. Tidak berupaya menentang penindasan dan penjajahan.
12. Mudah terjerumus kepada gejala maksiat dan kekufuran.
13. Tidak dapat menjadi umat yang dihormati dan dicontohi.
14. Dakwah Islam tidak dapat dilaksanakan dengan lancar atau terbantut.

Penindasan dalam Perniagaan

1 .Harga yang tinggi:

Penjual yang meletakkan harga yang tinggi adalah dikira menindas kerana Islam menggalakkan tolak ansur dan timbang rasa (al-Musamahah). Oleh itu, Islam mengharam­kan ihtikar (menyimpan barang untuk menaikkan harga) dan mengharamkan Bai' al-Najasyi (Ielong dengan tujuan menaikkan harga).
2. Penipuan:

Sebarang jenis penipuan sama ada yang berkaitan dengan jenis barang, kualiti barang, spesifikasi (sifat) barang yang dijual atau tentang penyerahan barang adalah haram. Maka penipuan dilarang sama sekali dalam jual beli atau dalam perkongsian (syarikat). Jelasnya, mendapatkan harta orang lain dengan cara penipuan adalah haram dan dikira memakan harta orang secara batil. Untuk mengelak daripada berlakunya penipuan ini, maka Islam melarang beberapa j ual beli.


Contoh jual beli yang diharamkan kerana terdapat unsur-unsur penipuan ialah:

i. Pembeli menjual barang yang belum diterima serahan barang itu daripada penjual pertama. Ertinya pembeli sudah membeli sesuatu barang yang belum diterintanya, tetapi ia menjualnya pada pihak lain (Bai'al-Sil'ah Qabla Qabdhiha).

ii. Menjual sesuatu yang tidak ada pada pemiliknya ertinya menjual barang y,"g tidak ada pada penjual (Bai' Ma Laisa 'Indahu).

iii. Menjual kambing atau sebagainya tanpa memerah susunya dengan tujuan untuk memperdaya pembeli bahawa kambing itu mempunyai banyak susu (Bai' al-Misrah).

iv. Orang bandar membeli daripada orang kampung ditengah jalan sedangkan orang kampung itu bermaksud hendak menjualkannya sendiri di bandar dan ia belum tahu harga jualan yang sebenar (Bai' al-Hadhir Libadin).

v. Pada masa sekarang cara jual beli ini disebut jual bell melalui broker yang akan menaikkan hargajualan tanpa modal dan tanpa diketahui oleh penjual atau pernilik asal. Broker ini akan secara langsung memeras penjual asal dan pembeli.

3. Paksaan:
Sebarang unsur pemaksaan yang berlaku dalam kontrak jual beli ' adalah salah dan menjadikan kontrak jual beli itu tidak sah. Seseorang itu tidak boleh dipaksa menjual atau membeli sesuatu kecuali jlka dia berhutang dan hakim memutuskan supaya hartanya dijual demi untuk menjelaskan hutangnya untuk mengelak pemaksaan, maka Islam telah meletakkan "Kerelaan" sebagai salah satu rukun jual beli.

4. Mengenakan tanggungan ke atas pembeli:
Dalam masa sekarang, pembeli kadang-kadang dikenakan bayaran tertentu di luar harga baranc, yang tidak sepatut­nya ditanggungnya.Umpamanya pengangkutan barang atau pengurusan. Penjual kadang-kadang mengenakan kos pengangkutan dan pengurusan itu seluruhnya ke atas pembeli. Sepatutnya pembeli hanya akan dikenakan kos pengangkutan jika ingin menerima serahan barang di tempat yang berbeza dari tempat yang dipersetujui dalam kontrak-. Dalam kontrak jual beli Islam jika berlaku perkara seperti ini, maka kontrak itu boleh dibatalkan.

5. Monopoli:
Monopoli barangan dengan tujuan menaikkan harga adalah haram. Sebarangjenis bentukjual beli yang mem­punyai unsur ini adalah haram. Jual beli pada masa kini' yang boleh dimasukkan ke dalam kategori ini ialah "Jualan langsung yang mengenakan harga yang tinggl."

6. Tidak menyatakan keadaan barang yang sebenar:
Perkara ini kerap berlaku dalam keadaan penjual tidak mahu memberitahu kecacatan barang. Pembeli teraniaya kerana tidak memperolehi barang seperti yang dijangka­kan. Melalui perundangan Islam, ia memberi hak kepada pembeli untuk membatalkan kontrak iaitu melalui hak "Khiyar al-'Aib


Nilai-nilai Positif Jual Beli Secara Syari’i

1. Kebaikan melaksanakan jual beli menurut hukum Islam:
2. Mendorong orang Islam menguasai bidang pemiagaan dan perdagangan.
3. Mendorong orang Islam untuk melakukan perusahaan juga perniagaan yang diharuskan
4. Mendidik dan membentuk masyarakat berurus niaga secara Islam.
5. Mengelakkan perusahaan, perdagangan dan pemiagaan sertajual beli yang dilarang oleh Islam.
6. Melaksanakan kewajipan fardhu kifayah.
7. Membina rangkalan dalam perusahaan, perniagaan dan jual beli di kalangan umat Islam.
8. Melaksanakan sistem ekonomi yang dituntut oleh Islam.
9. Menyelamatkan umat Islam daripada terjebak dalam sistem kapitalis dan sosialis yang menindas.
10. Membina kekuatan ekonomi umat Islam.
11. Mengharapkan keberkatan, kurniaan dan keredhaan Allah Ta'ala.

0 comments: