Monday, June 23, 2008

Tingkatan 5 : KEMULIAAN AL QURAN








KEMULIAAN AL QURAN








لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ


وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ


Al Hasyr : 21





هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ


Al Hasyr : 22





هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ


السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ


سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ


Al Hasyr : 23





هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى


يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ


وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ


An Hasyr : 24




Intisari Ayat





  • Allah menyatakan bahawa jika Al Quran diturunkan pada gunung nescaya ia berkecai sebagai perumpamaan kepada manusia iaitu sejauhmana menghayati Al Quran .

  • Al Quran merupakan kitab istimewa dan mukjizat agung Rasulullah s.a.w.

  • Allah s.w.t. mempunyai nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna .

  • Semua makhluk samada di dunia dan di langit bertasbih kepada Allah setiap masa .







Keistimewaan Al-quran

  1. Mukjizat agung Rasulullah
  2. Kandungannya lengkap mengandungi semua aspek
  3. Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan bila-bila masa
  4. Terpelihara dari sebarang perubahan dan penyelewengan sehingga akhirat
  5. Tiada makhluk yang dapat menandingi keindahan bahasanya
  6. Membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat
  7. Setiap huruf dibaca dikira ibadah dan diberi pahala


Semua makhluk tunduk dan patuh
...


1. Semua makhluk diperintahkan tunduk dan patuh perintah Allah


2. Semua makhluk akur dengan perintah tersebut kecuali manusia


3. Antara bentuk kepatuhan tersebut ialah sentiasa bertasbih kepada Allah


4. Ada pula makhluk yang patuh dengan mengikut ketentuan dan peraturan yang ditetapkan Allah


5. Matahari dan bulan beredar tetap pada paksinya adalah sebagai tanda tunduk dan patuh perintah Allah


Cara-cara hayati Al Quran


1.Istiqamah dalam membaca Al Quran


2.Memahami dan mengamalkan ajarannya


3.Sentiasa mendalami dan mempelajari isi kandungan Al Quran


4.Membaca al quran dengan tajwid dan tarannum


Nama-nama Allah


Nama-nama allah – 99 nama yang baik
(a) Ar-Rahman (Maha Pemurah)
(b) Ar-Rahim (Maha Pengasih)
(c) Al-Malik (Penguasa)
(d) Al-Quddus (Maha Suci)
(e) As-Salam (Maha Sejahtera)
(f) Al-Mukmim (Maha Pemelihara Keamanan)
(g) Al-Muhaimin (Maha Pengawas terhadap MakhlukNya)
(h) Al-Aziz (Maha Mulia)
(i) Al-Jabbar (Maha Perkara)
(j) Al-Mutakabbir (Maha Agung)
(k) Al-Khaliq (Maha Pencipta)
(l) Al-Bari (Maha Menjadikan)
(m) Al-Musawwir (Maha Pembentuk)
(n) Al-Hakim (Maha Bijaksana)

...dan seterusnya..

Pengajaran


Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia mengambil iktibar daripada
peringatan-peringatan Al Quran .


Gunung-ganang yang kuat dan kukuh akan runtuh jika Al Quran
diturunkan ke atasnya kerana keagungan Al Quran


Haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa tunduk dan
bertasbih kepada Allah


Allah s.w.t. mengetahui perkara-perkara ghaib. Allah juga memiliki
nama-nama yang indah lagi suci serta sifat-sifat sempurna
lagi agung .

tamat bab Kemuliaan Al-Quran ..wassalam



















2 comments:

hanyahambaAllah said...

terima kasih . syukran kerana berkongsi ilmu (:

Unknown said...

Apakah maksud alquran?